Ya Allah,, peliharalah Darees Firas Qalby ihatkanlah dia ngkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhanMu., Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah mereka dgn rupa yg baik dan tetapkanlah kedlm hatinya iman kpd Engkau dan kpd RasulMu.Ya Allah, jdknlah darees Firas Qalby sihat dan sempurna, berakal & pandai, alim& beramal. Ya Allah panjangknlah umurnya, sihatknlah badannya &; baikknlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, basahknlah suaranya utk m'baca Al-Quran & Hadis,dgn berkat Nabi Muhammad SAW & sgala puji bg Allah.Amin..

Pages

Free Flower Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday 6 December 2014

Perkembangan Darees Firas Qalby

Assalamualaikum
Darees Firas Qalby.....Alhamdulillah perkembangan yang sangat bagus.Diusia 4 bulan  Darees dah boleh meniarap, bila dah boleh meniarap adik terus jadi komando...hahaha, bulan berikutnya Darees boleh bangun berdiri..ha yang ni Darees langkau merangkak, sepatutnya merangkak dulu baru berdiri, tetapi tidak Darees...adik akan pergi dekat meja atau kerusi dan bangun berdiri,2 bulan kemudian barulah adik Darees merangkak.
Darees....diusia 8 bulan baru leh merangkak, bila  boleh merangkak, memang tak boleh duduk diam, ada saje banda yang adik nak buatkan...hahaha...kalau balik kampong adik jelajah semua kawasan, hahaha..”abang besar”..dan di mana-mana ada benda yang Darees rasa berkenan di hati tak payah tunggu lama..laju je tangan adik capai.
Darees usia 8 bulan lebih, ayah ibu bawak gi jejalan, tak jauh Cameron Highland je.Nanti nak tahu cerita kat Cameron dan nak tengok gambar adik baca kat blog kakak Dhiya ya.. Ermmmm diusia 8 bulan ni jugak adik boleh duduk dengan sendiri, dah tak payah tolong...adik memang seorang anak jantan lasak yang teramat.Kekadang ibu ayah tak sempat tangan nak layan kelasatan adik..sehingg kekadang adik jatuh terlentang,cian adik,...maafkan ibu ayah ya...kami tak sempat tolong adik
Sekarang Adik Darees umur 9 bulan, wow...adik Darees dah tumbuh gigi...tapikan..yang pelik biasa tumbuh gigi bawah dulu, atau pun same-sama atas dan bawah, tetapi tidak bagi adik Darees...adik tumbuh yang atas sebelah kanan.huhu...tu pun ayah yang perasan..ibu tak perasan.Tapi air liur Darees tak payah cakap meleleh...hu....banyak sampai basah baju..hehehe
Tapi adik tak bagi ayah dan ibu tengok gigi, kalau nak tengok adik akan geleng kepala, adik tak bagi tengok dalam mulut adik...nape ya???hahahaha...
Apa pun perkembangan adik Darees dengan usia seiring, Cuma adik Nampak kurung.tapi berak adik ok..last check up ritu 9.3kg...berat adik ok la...xkurang tak lebih.hehehe...
Adik suka makan, ibu suka masak. Kalau berkesempatan ibu akan masak bekal untuk adik bawak umah cikpah.Ibu kalau sebab anak memang kalau boleh nak yang terbaik buat anak-anak ibu.Ibu sanggup buat apa saja asalkan anak ibu sihat walafiat.
Sampai disini dulu coretan ibu untuk adik....nanti ibu akan bercerita lagi kalau berkesempatan ok...Ibu ringkaskan bercerita, ibu amik yang penting-pentig aje sebab ibu tak punya banyak masa dik..maafkan ibu tau

Salam sayang
Ibu mu














Saturday 22 November 2014

Darees,Eczema dan Herbal Cream Shaklee

Assalamualaikum
Dah lame betul tak tulis n3 pasal anak ibukan....lamaklumlah ibu betul-betul sibuk dengan tugas baruIbu kena buat tugas baru bermula bulan 7....selepas ibu dapat Anugerah Cemerlang Perkhidmatan...Alhamdulillah rezeki anak-ank ibu,ibu dpt APC 2013...
Ibu nak bercerita pasal adik ...la ibu ni dah tentu2 blog adikkan...hahaha,apa la ibu ni kan adik..kan..adik...semakin hari usia adik berganjak...dan selari dengan perkembangan adik.adik dah semakin cerdik,bijak,doa ayah ibu supaya anak2 ibu jadi anak yang soleh bijak dan berguna.
Ibu nak cerita pasal adk....dari tadi lagi tapi tak jugak berceritakan...hahaha...ok..ok..ibu bercerita.adik tahu tak masa adik kecik comel adik alah dengan tenusu...sebab bermula adik kenal susu formula dutch lady...pipi adik merah-merah,gatal.Makin lama makin besar merah dan berair.ada orang panggil kurap susu...kurap susu sebab susu ibu...orang tu tau tak khasiat susu ibu...main agak2 je...lempang laju2 kang...susu ibu adalah susu yang terbaik buat ank..dan hny org yg myusukan anak je rasa macam mana perasaan tu...Allah dh buat yg trbaik...
Tapi kalau dalam bahasa doktor dipanggil eczema...ermmm ibu pun makan kena pantang benda yanga gatal2 la...sebab adik menyusu badan.Dalam ramai2 yang jd doktor tak terlatih,ada yang nasihatkan ibu berenti bagi susu dada....nak je ibu kick orang tu...hahaha berani ke...dia cume bg cadangan...tapi cadangan dia bagi tak boleh terima dek akal..ibu memang pantang kalau sebab tak kukuh nak berenti bagi susu badan.Ibu tak sanggup...selagi ibu mampu,ibu larat,adk minum je susu ibu.Time ibu pergi keje je adik minum susu formula k..
Disebabkan adk tak boleh minum susu dutch lady sebab tenusu susu lembu,ayah tukar susu kambing..mula2 guna jenama kari home..susah nak dapat susu tu last ayah beli wildan..susu kambing gak.Susu Wildan ayah ambil stok dengan kawan pejabat ayah uncle Faiz.Anak dia pun minum susu kambing,sebab susu kambing ni bagus dari susu lembu.
Kekadang bila tengok pipi adik,ibu rasa down sangat sebab dah tak tahu nak buat macam2 petua orang bagi..kalau yang baik tu ibu ayah ikut...kalau yang merepek tu ibu ayah tak de la ikut.
Bila dah down sangat,ibu mengucap sebab ni mungkin ujian allah untuk ibu ayah...kami redha.dan ada sepupu sebelah ayah cakap dia dah berhabis beribu2 dan dah macam2 ubat tapi tak jugak jadi...bila anaknya berumur 1tahun alhamdulillah hilang....harapan ayah dan ibu semoga ezcema adik hilang bila adik usia 1tahun.
Kami tak berani sapu ubat sebab adik masa lahir detect G6PD...bkn sebarangan ubat boleh sapu kat adik,atau boleh amik...so sebab ibu ayah buka doktor bertauliah kami ambil pendekatan tidak melakukan apa2 yang agak boleh memudaratkan adik.
Cuma sekarang ibu hanya sapu cream herbal produk by shaklee...sebab berasaskan tumbuh-tumbuhan tu yang ibu berani sapu lagi pun xde la racun....sebab bila gatal adik garu..ha kuku adik pun ibu kena peka...tak boleh panjang....kekadang sapu ubat pun bila gatal je adik garu..sedih ibu...uwaaaa...
Alhamdulillah tengok semakin baik...tapi on off..kekadang ok...kekadang kering...tak pelah tunggu umur adik besar nanti mesti hilang dan handsome macam ayahkan....

Ermm yang kata kurap susu nak je tanya...kat kaki pun kena kurap susu jugak ke...sebab gatal2 ni pun ada kat kaki...luka2 bila darees garu...tu pun ibu sapu cream herbal...tapi tak bileh selalu....kulit bayi nipis...huhu...
Oklah ibu pun dah panjang taip saje nak bagitau adik yang adik masa kecik ada eczema yang teruk..berbulan2...ni adik 9 bulan...tunggu 1tahun ibu update pasal eczema adik ni sama ada masih ada atau insyaallah dah hilang...

Ermm ibu bersiaran kat pejabat ayah sementara anak-anak ibu tido..hehe



Ni gambar kalau adik nak tengok dulu adik chomel sangat...hehe



Salam sayang
Ibu adik

Wednesday 25 June 2014

Kronologi Darees Firas Qalby, PArt 2

Assalamualaikum...
          Adik leh keluar wad hari jumaat tu, terus ayah uruskan ..uruskan apa je, just tunggu doctor buat surat keliar, bukan kena bayar pe pun sebab guna Goverment Letter (granty)ayah..

            Ayah bawa balik umah tanah merah dulu, lum balik pasir mas.Ibu kalo boleh memang nak berpantang kat umah sendiri, tak nak g mana-mana.Tapi sape nak jaga ibu adik dan kakak. Ayah kena keje. Petang tu , cip pizza, cik pah dan cik pa dan acik has, dengan Haziq, datang tengok adik. Kakak tak ada duduk umah tokma pasir mas

Sabtu

          Pagi tu ayah hantar kita balik P.Mas umah tok ma...sampai rumah kakak lak tak ada...ala ibu rindukan kakak sangat-sangat. Anak anak ibu penguat ibu. Taka lama lepas tu kakak balik ngn mak long, ayah long dan kakak sara. Kakak mula-mula tengok marah, pas tu ok...lame2 tak bagi orang pegang adik kakak cakap baby ibu...no...tak semua orang leh pegang adik sebab kakak ada. Kakak sayang adik, tapi masa tu kakak kecik lagi, so kakak sayang dengan caranya...masyaallah kakak....kekedang risau ibu dengan kakak. Sebab tu ibu kalau nak tinggal ibu tinggal adik dalam katil. Memang beli katil untuk adik.kakak tak boleh panjat, adik pun tido lena.hehehe.

            Bermula la ibu berpantang umah tok ma, sebulan selepas tu kita semua balik Ipoh ,ibu habiskan pantang kat Ipoh sebulan lebih....Ibu ambil cuti bersalin 90 hari.Sempat la berpantang kat umah tok ma, umah embah edok dank at umah kita. Balik umah kita,kakak seronok sangat sebab dah lama tinggal, lebih kurang 2 bulan.

            Alhamdulillah, adik sangat senang dijaga dan adik tak banyak kerenah, Sama jugak bila kena cucuk adik tak demam. Ibu risau sebab adik detect G6PD, orang cakap mudah demam, tapi tak...alhamdulillah la sampai la entry ni ditulis adik sihat walafiat. Cuma kat pipi adik je la ada kesan sikit, alahan susu kea pa tak tahu la,,,tapi bagi ibu bukan sebab susu tapi adik ada elergik.

            Apa-apa pun syukur Alhamdulillah sebab adik dilahirkan dengan sihat sempurna.Dalam buku kesihatan adik, 1 bulan adik cucuk kat pohon tanjung P.Mas dengan berat 5.1kg, cucuk 2 bulan kat Ipoh berat 6.1kg, dan cucuk 3 bulan berat 7.1kg, tiap2 bulan berat adik naik 1kg...cucuk yg ke 3 baru kat KKIA Tanah Merah tempat ibu check up perut tiap2 bulan.


            Semalam pun adik check up tp cuma amik berat je..adik cucuk lak nanti 5 bulan pada 23/7/2014.Harap-harap cucuk nanti pun adik sihat walafiat. Insyaallah.

Entry ni pendek je...hihi...apa2 pun untuk adik baca esok2....hihi

Salam sayang dari 
IBUMU

Kronologi Darees Firas Qalby Part 1

Assalamualaikum wbt


22.2.2014 (Sabtu)
            Ayah Bawa Ibu Dan kakak jalan-jalan P Tesco, pusing Tesco.Siap makan-makan nasi ayam Chicken Rice lagi...hihi.Petang balik umah, ibu minta ayah pasangkan cadar yang ibu baru beli mana la tau kot ibu tak sempat merasa.Bersalin ni macam-macam leh berlaku...tapi doa dan harapan ibu semoga dipanjangkan umur ibu untuk melihat anak ibu membesar depan mata ibu. Ibu nak bagi kasih sayang ibu kat anak ibu ni.
            Malam tu ayah pasang cadar, lena tido dengan cadar baru dan sebab utama kepenatan sebab pusing tesco..hihi

tarikh dan hari bertukar
23.2.2014 (Ahad)
3.30 pagi- Tengah syok dibuai mimpi, tetiba ibu rasa perut ibu memulas, dalam hati ibu bermonolog dah nak bersalin ke..dalam hati berdoa semoga dipermudahkan segalanya, dan sememangnya ibu dah bersedia pada tarikh 23 feb 2014, dan ibu memang target tarikh tu anak ibu akan dikahirkan, Naluri seorang ibu.
            Ibu bangun pergi tandas, sebab terasa nak kencing...pas kencing ibu baring balik..perut ibu memulas,mungkin tulah contraction 10 minit sekali..dalam hati ibu tak putus-putus berdoa Ya Allah permudahkan segalanya.masa berganjak, makin lama makin terasa sakit perut ibu, tapi ibu tetap bertahan, selawat dan ibu sentiasa baca doa nabi yunus.. " Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin" (Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

5.30 pagi- Ibu bangun, pergi dapur amik air zam-zam dan buah kurma yang ayah beli kat Jaafar Rawas KB masa keluar semalam..hihi..Terima kasih ayah.Ibu minum air zam-zam dan makan nuah kurma, makan sikit-sikit.pas makan ibu sakit perut nak mem”buang”, ibu mem”buang” dan mandi ayah dan kakak masih lena dibuai mimpi.Contraction masih lagi 10 minit sekali.tapi ibu tetap tahan,

6.00 pagi - Pas solat subuh Ibu kejutkan ayah, bangun, ayah biasa la...liat hihi...ibu cakap nak bersalin baru ler kelam kabut ayah bangun. Ayah dah kelam kabut. Minta cakap ayah tenang, ayah mandi solat, macam biasa la kita hantar kakak umah cik pah pas tu kita pergi hospital. Ayah tanya ibu boleh tahan ke..ibu angguk dan Insyaallah boleh.


7.15 pagi- Kakak bangun nanggis nak dukung ibu, Allahu Akbar...syg anak ibu...ibu tahan sakit, dukung la kakak, naluri seorang kakak tau adiknya dah nak keluar tengok  dunia dan membesar bersama-sama dengan kakak.Pas hantar kakak, terus ke Hospital Tanah Merah.
7.45pg - Ibu check in kat Hospital Tanah Merah, labour room.Nasib baik ibu pergi awal pagi, sebab lepas ibu pergi derduyun-duyun orang ramai dan sampai beratur kat luar, duduk atas kerusi...ooo tidakkk...ibu baring jap-jap ibu bangun. Nurse suruh kencing n tanya ibu butir- butir diri macam-macam ditanya. Nurse pasang CTG kat perut Ibu. Gedeguk gedegak bunyi jantung anak Ibu. Bila sakit datang, bunyi jantung anak Ibu laju. 
            Bila terasa contraction ibu bangun berjalan,dan baring balik.Bila contraction lagi ibu akan mengiring sebelah kiri dan kanan. Ayah xboleh masuk sebab masalah suasana (bilik kecik, seblah2 je tutup dgn kain)..ibu sakit hanya mampu berzikir. Kekadang nurse datang gosok-gosok belakang ibu.Allahu Akbar..hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya.Tapi demi anak ibu, ibu tahan sakit.Yang penting ibu tak menjerit...baik selawat dan zikir dari menjerit

10.30pg- Ibu keluar cari ayah, tapi ayah tak ada...ibu masuk balik kat labour room, nak jumpa ayah, nak megadu sakit, tapi ayah lak tak ada..tak apalah, tahan je la sorang-sorang. Bila masuk doctor muda lelaki panggil ibu suruh ibu baring sebab doctor pakar nak buat VE acara seluk menyelut berjalan doctor cakap dah 6cm...sorang doktor tu cakap kat ibu, dah 6cm tapi boleh berjalan-jalan lagi.ibu hanya mampu tersenyum kat doctor tu. Step seterusnya doctor cakap akan pecahkan ketuban. Haa ini macam scary...misi guna satu kayu macam chopstick tu..terasa air suam panas meleleh keluar..banyak...

11.00 pg – Concration makin sakit..Allahu akabar...nurse datang dekat ibu, ibu mengadu sakit.Nurse suruh mengiring, nurse pun tak tahu macam mana nak ilangkan sakit.Ibu dahaga sangat, ibu bagitahu nurse, tapi SOP ibu tak dibenarkan minum dan makan time cm tu.Jiran sebelah siap menjerit lagi kena marah kat nurse, Ibu lak pengang baju nurse, tolong jangan tinggal saya.Saya sakit. Nurse cakap kalo terasa nak teran, teran je, jangan push jap nanti lemas anak.

12.00tgh – Dengan kalimah Bismillah dan otak ligat teringatkan kakak, kakak penguat ibu, ikutkan ibu nak ke minta dibedah sebab ibu dah tak tahan sangat, kesakitan yang tak dapat ibu nak gambarkan bagaimana. Ibu teran sekuat hati, Alhamdulillah terasa keluar, ibu Alhamdulillah terasa lega.pas keluar nurse amik Adik letak atas dada ibu, air mata keegmbiraan seorang ibu mengalir...alangkah bahagianya kalo ayah dan kakak ada bersama...

4.00 ptg – Ayah baru dapat tahu ibu dah bersalin, cian ayah dan tok ma tak tahu yang ibu bersalin pukul 12pm lagi...tapi disebabkan adik keluar 4.1kg so banyak procedure kena hadapi. Adik kena tahan wad kanak-kanak sebab BABY BIG. Doktor jelaskan kat ibu biasan 3.5 dan bawah 4 la...bila 4 kena tahan untuk rawatan selanjutnya. Maksudnya kena cek seleuruh anggota adik takut ada apa- apa sebab adik besar.Alhamdulillah sume selesai, Kita terpisah ibu kat wad atas adik kat bawah.Tok ma, maklong ayah long ayah chik dan abang arif datang melawat ibu, adik kat wad kanak-kanak tak boleh lawat.
Malam tu ibu tido sorang-sorang dan adik kat bawah,hati ibu mana tak sedih..tapi ibu kuatkan semangat.ibu teringatkan kakak dan adik...ujian tu ibu, ibu hanya mampu ucap Alhamdulillah sebab orang lain lagi besar ujiannya dari ibu.

24.2.2014 – Isnin
12.00pm – ibu turun lawat adik, ayah tolak ibu ke wad 2 tenpat adik, ibu diberitahu nurse masa kat atas pagi tu adik ada G6PD...subhanallah.Ya Allah tiada penyembuhan selain penyembuhanMu, sihatkanlah anak ku...

2.00pm – Ibu balik kat wad 1, ibu tunggu kot2 dah boleh discharge...pukul 5 baru settle sume.ibu discharge pas tu ibu pergi tempat adik, tak ada katil ibu balik rumah. Ibu memang tak larat dan sakit sebab jahit. Ibu kena jahit banyak sebab adik besar.
9.00 mlm – kakak dan tok ma, kakak sara ayah fai dan ayah long sampai umah. Kakak mengamuk sebab tengok ibu. Kakak tak boleh tengok ibu sakit atau menanggis, kakak akan jadi sedih, kasih sayang ibu pada anak-anak ibu tiada bandingan. Ibu akan sayang anak-anak ibu selagi ibu diberi kesempatan bernafas dibumi Allah ini.
Kakak mengamuk, kakak tido dengan air mata, ibu tidak berdaya, kalo ibu berdaya ibu tak nak kakak menanggis, ibu akan dukung kakak, peluk kakak sayang kakak, sama jugak dengan adik. Anak- anak ibu lah segala-galanya bagi ibu.

9.00 pg – ibu pergi hospital dan ibu menyusukan adik, sepanjang hari ibu kat hospital temankan adik.Kesakitan yang ibu tanggung akan hilang bila tenung adik...

28.2.2014 Jumaat
9.00pg – Adik dah boleh discharge sebab  bila cek adik tiada Jaundis.Alhamdulillah,dah seminggu kita berkampung kat hospital, ibu hanya lelap sekejap dan banyak lepak dalam bilik dengan adik dan bersama kawan-kawan lain.

Alhamdulillah siap jugak kronologi Darees Firas Qalby, semoga entry ini adik baca dan tahu kisah adaik macam mana, dan kasih sayang ibu kat adik tak terbelah bahagi...ibu sayang anak-anak ibu, ibu doakan semoga anak-anak ibu membesar dengan sihat dan jadi anak yang berguna. dan bila ibu dan ayah dah tua nanti adik dan kakak sayang ibu ayah sebagaimana kami sayangkan kamoo semua.

salam peluk cium 
dari ibu buat mu
IBUMU 




Sunday 2 February 2014

Assalamualaikum

          Jom sambung N3 berikutnya....28.1.2014 Selasa ibu ada TCA kat KKIA.Sepatutnya 27.1.2014, tapi disebabkan ibu sakit so terpaksa la pergi keesokkan harinya. Yeaaahooo...ibu dapat MC lagi 3 hari...2+3= 5 hari ibu cuti.Tapi bukan cuti saja-saja cuti sebab sakit...ooo xbestnya. Bukan apa ibu kecian kat ayah, balik keje kena masak, pas tu layan kerenah kakak, kakak tau la kekadang tu saje je nak bermanja bukan apa 1 hari kena tinggal umah pengasuh, balik mula la nak buat perangai dengan ibu dan ayah..nak perhatian lebih katakan.
          Masa nak dapatkan MC, sekali lagi ibu kena tunjuk kat doctor, terkejut doctor sebab besar wehh...doktor cakap saya dulu kecik je. Sepanjang sakit tu ibu menggoogle jumpa la petua..macam-macam petua ada.Ada satu je yang ibu amik, sapu serbuk manjakani. Suruh la ayah cari manjakani. Alhamdulillah masa ibu jumpa doctor ayah pergi pasar besar Tanah Merah, n belikan serbuk manjakani yang macam ibu nak.hihi..Terima kasih sayang...
          Doktor nak refer ibu ke Hospital Tanah Merah, jumpa pakar...ibu tak nak..sakittt....nannti doctor buat lagi sakit. Last2 doktor suruh datang 4.2.2014 selasa refer FMS (Pakar) kat KKIA je.huh...lega.kalo tak..xtau la ibu.
Balik umah ibu dengan semangat yang gigih, sapu manjakani. Ubat yang dibekalkan doctor Noriah ibu dah tak amik, sebab kalo ubat yang macam peluru tu pun buat ibu lagi sakit ada...cream pun xtak jalan...ermmm ibu mampu bertahan dengan minyak gamat je sementara beli manjakani. Dah ada manjakani, ibu sapu manjakani je la.Alhamdulillah memang mujarab, dengan berkat dan izin Allah SWT bengkak buasir ibu surut. Alhamdulillah syukur sangat.
          Selepas tu, hari-hari biasa dah ok...tak de dah sakit, nanggis2 bagai..Cuma gatal-gatal..ayah cakap kalo gatal-gatal nak baik..alhamdulillah..hihihi..

          Jum layan gambar-gambarnya..buat kenangan...
nilah buasirnya..menggerunkan x????

ni yg ibu dapat....hihi

ni ubat-ubatan yang dibekalkan Klinik Pakar Noriah

Ni MC Klinik Pakar Noriah & Gomen

Ha....nilah ubat...namanya Serbuk manjakani..

Alhamdulillah lepas sapu serbuk ni, surut la  buasir ibu.dengan IzinNYA..

Ok lah sampai disini dulu, sekarang ibu dah 37 minggu, rasa tak sabar nak tunggu anak ibu keluar...ayah ibu kakak dah tak sabar ni...hihihi..

Semoga anak ibu sihat walafiat, cukup sifat,,dan da suara yang sangat merdu.InsyaAllah dan Alhamdulillah
Subhanallah
Alhamdulillah

          Dah lama sesangat ibu tak updated pasal moment anak ibu nikan..Alhamdulillah semuanya ok...hihi..cume biasa la bila ke KKIA ada je benda tak kena. Tak lain dan tak bukan pasal HB la.Kekadang naik, kekadang turun..ibu pun dah tak tau nak buat macam mane lagi.
          Sebenarnya ibu baru masuk keje rini, setelah seminggu cuti rehat. Syang nak tau, semasa ibu mengandungkan sayang ibu kena buasir. Allah saja yang tau betapa peritnya ibu. Ibu kena hari jumaat 25.1.2014 masa tu ayah bawa ibu dan kakak ke Terengganu, ayah da family day...saja makan angin. Ibu on je sementara boleh jalan lagikan..hihihi
          Dah seminggu ibu cirit-birit...dalam 1 hari sampai 5kali ibu “bery”...ermm...hihi..tp mungkin dah sampai tahap kot...ibu mengandung ni semua benda boleh jadikan..Mungkin terlebih “bery sangat” dan anak ibu pun dah besar jadi tekanan tu kuat, maka terjadilah ibu buasir.
           Balik dari Terengganu tu, pas maghrib ayah bawak ibu ke Klinik Pakar Noriah. Doktor Noriah pun terkejut sebab buasir ibu mengembang macam bunga kembang tuuu..lum tu ibu dah suruh ayah tengok, ayah tengok tu yang ayah cepat-cepat ajak pergi klinik.hihi..
          Masa doctor sentuh tu perghh sakit, rasa nak tendang je doctor..cepat-cepat suruh sapu cream killer..baru lah ok sikit. Pas tu doctor masukkan ubat yang macam peluru and than doctor sapu cream...balik la ibu ke rumah...tido memang tak lena sebab sakit, perit, pedih dan macam-macam rasa.Kakak Dhiya lak nak tido je mesti pegang nenen ibu...Allahu rabbi...besarnya dugaan utk hambaMu ini.
          Ibu dapat MC dua hari, doctor paham benda ni sakit nak duduk xboleh, nak berjalan tak boleh, nak tido pun tak boleh...ibu tak tahan sakit sampai menanggis..dah tu tahap ibu tak mampu nak tahan sakit. Ibu tak menanggis depan kakak, nanti kakak pun ikut sebak...hihi...kakak pun boleh tahan sensitife ooo....
          Pagi esoknya, ibu tak mampun nak jaga kakak, so ibu dan ayah g hantar kakak rumah cik pah..sebelum tu drama air mata ler...mau idoknya...ibu ada kat umah tapi hantar kakak umah pengasuh...oo rase macam sebak sangat-sangat...ibu tak boleh la dok umah tanpa kakak, rasa sunyi yang teramat sangat.hihi.
          Selama 4 hari kakak kena g umah cik pah walaupun ibu cuti.Maafkan ibu sayang....ibu sayang anak-anak ibu.

Cerita ni dah habis sampai sini, jap lagi sambung entry ibu siap letak gambar lagi tau untuk anak –anak ibu..Pengorbanan seorang ibu untuk anak ibu...Satu ibu pinta semoga anak ibu jadi anak yang terbaik dry g baik..


Ayah ibu sayang kalian...

Wednesday 20 November 2013

Percubaan pertama

Subhanallah
Alhamdulillah

            15.11.2013, ibu tengok betis kakak Dhiya macam berair dan cam bernanah. Ibu pun cakap kat ayah, dan ayah ajak ke Klinik Mama. Pas solat maghrib, kitorang terus keluar rumah. Pergi  klinik Mama, kakak Dhiya no 2. Pas isyak doktor hafidz sampai, panggil orang pertama, siap orang tu, nama kakak di panggil.
            Masuk la bilik doctor, doctor check kaki kakak, pas tu doctor dengar kakak batuk.Doktor cakap bagi ubat batuk ayah cakap dah, antibiotic??lum..tak boleh, kena bagi antibiotic ni doctor bersuara...doktor cakap akan bagi ubat gatal, dan antibiotic.
            Alang-alang dah pergi klinik mama, pe lagi...ibu pun cakap kat ayah nak scan sekali.Doktor pun scan, frusted betol ibu sebab baby tak nak bagi tengok..keadaan baby sujud. Ala, sayang...ibu nak tau jantina anak ibu.Memang la ibu tak kisah, anak ibu lelaki atau perempuan, tapi sekurang-kurangnya ibu tau awal.hehe... takdir la ibu...Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
            Sampai ke sudah anak ibu ni xtunjuk, tapi tak apalah, lain kali kita pergi scan lagi ekk. Last-last balik gitu je.hehe
            Lain kali insyaallah akan discan lagi...hehehe

Salam sayang

IBU